ASAL USUL IBAN
Masyarakat Iban merupakan satu cabang bangsa Dayak Borneo. Nenek moyang asal orang Iban berasal dari wilayah Yunnan China di mana mereka berhijrah ke Taiwan dan ke Filipina dan Indonesia. Di Malaysia, kebanyakan Iban yang terletak di Sarawak, sebahagian kecil di Sabah dan beberapa di barat Malaysia. Mereka dahulunya dikenali semasa zaman penjajahan oleh British sebagai etnik Dayak Laut. Iban terkenal untuk mengamalkan pengembangan memburu kepala (atau dalam bahasa iban Ngayau) dan puak wilayah dan mempunyai reputasi menakutkan sebagai puak yang kuat dan berjaya berperang pada zaman purba.
Semenjak kedatangan orang Eropah dan penjajahan yang berikutnya kawasan tersebut, pemburuan kepala secara beransur-ansur pudar daripada amalan walaupun banyak adat puak, amalan dan bahasa diteruskan. Penduduknya dari kaum Iban tertumpu di Sarawak, Brunei, dan di rantau Kalimantan Barat Indonesia. Mereka tinggal di rumah panjang dipanggil Rumah Panjai.Namun Kebanyakan rumah-rumah panjang Iban pada masa sekarang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti bekalan elektrik dan air dan kemudahan lain seperti (tar) jalan raya, talian telefon dan internet. masyarakat Iban muda merupakan kebanyakannya ditemui di kawasan bandar dan melawat kampung halaman mereka semasa cuti. Masyarakat Iban hari ini menjadi semakin perbandaran sementara mengekalkan kebanyakan warisan dan budaya tradisional mereka.
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.
ADAT PERKAHWINAN
ADAT MEMINANG dan BERTUNANG masyarakat Iban Sarawak kebiasaannya pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga si teruna. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci. Ini termasuklah soal mas kahwin serta lain-lain perkara yang berkaitan. Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara. Jika sudah disambut segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti. Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri. Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka. Tiada tempoh yang khusus untuk durasi pertunangan ini tetapi menurut masyarakat Iban adalah lebih baik sekiranya majlis perkahwinan dipercepatkan untuk mengelak benda-benda yang tidak diingini daripada berlaku.
Majlis perkahwinan bagi adalah kemuncak kepada perjalanan satu pasangan teruna dan dara bagi menempuh ikatan perkahwinan yang sah dan beradat. Majlis perkahwinan bagi masyarakat Iban hendaklah diatur dengan penuh cermat kerana sekiranya ianya melanggar adat maka dipercayai bencana akan menimpa kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kelak. Pihak keluarga pengantin lelaki diwajibkan untuk menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan ini. Pihak keluarga lelaki juga dikehendaki untuk menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga pengantin perempuan. Di pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak. Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil kedua-dua keluarga pengantin akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput. Beberapa utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung. Contohnya sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan bermakna majlis perkahwinan akan berlangsung di dalam tempoh masa 5 hari lagi. Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti kepada seluruh anak buah rumah panjangnya.
Majlis perkahwinan bagi adalah kemuncak kepada perjalanan satu pasangan teruna dan dara bagi menempuh ikatan perkahwinan yang sah dan beradat. Majlis perkahwinan bagi masyarakat Iban hendaklah diatur dengan penuh cermat kerana sekiranya ianya melanggar adat maka dipercayai bencana akan menimpa kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin kelak. Pihak keluarga pengantin lelaki diwajibkan untuk menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan ini. Pihak keluarga lelaki juga dikehendaki untuk menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga pengantin perempuan. Di pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak. Bagi urusan mengundang tetamu, kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan perkahwinan. Wakil kedua-dua keluarga pengantin akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput. Beberapa utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung. Contohnya sekiranya tali itu mempunyai 5 simpulan bermakna majlis perkahwinan akan berlangsung di dalam tempoh masa 5 hari lagi. Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti kepada seluruh anak buah rumah panjangnya.
ALAT MUSIK TARIAN NGAJAT
1. TAWAK
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
|
2. BEBENDAI
Bebendai ialah gong kecil yang tergantung.berbentuk bulat dan membukit di tengah.
3. SAPE
Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat dari kayu jokuvang. Dipermukaan sape ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif orang Iban Sarawak serta diwarnakan samada merah atau hitam.
4. KETEBUNG
Drum (single sided drum)
Drum yang boleh diketuk dari satu sudut sahaja dan diperbuat daripada bahan semulajadi.Berbentuk bulat dan memanjang keatas..
5. ENGKERUMONG
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
MAKANAN BANGSA IBAN
1. UMAI
Makanan Kebudayaan dari kaum Iban. Makanan ini sangat pedas.
2. AYAM PANSUH
Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh.
3. CAKAR AYAM
Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .
4. MIDIN BELACAN
makanan tradisional orang Iban.
5. PEKASAM ENSABI
Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.
PERAYAAN UTAMA BANGSA IBAN
PERAYAAN GAWAI
Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.
TARIAN NGAJAT LESUNG
TARIAN NGAJAT BERANTU
BAHASA IBAN
Nama brita nuan? - "bagaimana khabar anda?"
Sapa nama nuan? - "siapa nama anda?"
Brapa rega utai tu? - "Berapa harga barang ini?"
Dini alai ___? - "Dimana ___?"
Ari ni penatai nuan? - "Anda dari mana?"
Aku datai ari ___. - "Saya datang dari ___."
Pukul brapa diatu? - "Sekarang pukul berapa?"
Selamat lemai! - "Selamat petang!"
Selamat datai! - "Selamat datang!"
Anang manchal! - "Jangan nakal!"
enda ulih datai - "tidak dapat datang"
Anang guai - "nanti dulu"
Nadai ngawa nya - "tidak mengapa"
Nyamai wai - "rasa bagus"
Pulai dulu-"Saya mahu pulang"
Aram bekelala-"Mari berkenalan"
Pengerindu-"Cinta, Ghairah"
Aku rinduka nuan-"Saya cinta / seperti anda"
Manah-"Bagus, Hebat"
Jai'-"Jahat, rosak"
Sapa enggau nuan?-"Siapa dengan anda?"
Aku enggau ___-"Saya datang / datang dengan ___"
Dinga meh-"Sila dengar"
Anang inggar / ragak-"Sila, senyap"
CERITA BANGSA IBAN
LEGENDA KELING & KUMANG DI DALAM MASYARAKAT IBAN SARAWAK
Bila ada pertandingan Keling Dan Kumang Gawai apabila tiba Perayaan Pesta Gawai di Sarawak sudah tentu ramai yang akan tersenyum-senyum membayangkan betapa cantik dan gagah perkasanya peserta-peserta pertandingan tersebut. Namun begitu kita mungkin tidak mengetahui bahawa ada legenda bagi pertandingan yang telah dicatatkan di dalam kalendar pelancongan ini. Cerita ini dikenali sebagai Legenda Keling dan Kumang di dalam masyarakat Iban, Sarawak.
Menurut cerita lisan orang-orang tua di dalam masyarakat Iban, Keling ialah nama seorang pahlawan Iban yang tinggal di rumah panjang Panggau Libau Lendat Dibiau Takang Isang. Keling ini diceritakan sebagai seorang yang berpesonaliti idaman setiap lelaki berbangsa Iban pada waktu itu. Keling digambarkan sebagai seorang lelaki yang gagah, berani, berbadan tegap dan mempunyai wajah yang tampan. Keling telahpun berkahwin dengan seorang gadis Iban yang bernama Kumang. Kumang diceritakan berasal daripada rumah panjang Gelong Batu Nakong Nyingit Nyingong Nyimbang Nyerabang. Sesuai dengan ketampanan Keling, Kumang pula diceritakan sebagai seorang wanita Iban yang cantik, lemah lembut dan pandai di dalam serba-serbi untuk menjadi seorang isteri dambaan suami pada ketika itu. Bolehlah digambarkan bahawa perkahwinan Keling dan Kumang umpama bagai pinang dibelah dua, sama cantik sama padan.
Pada satu ketika diceritakan bahawa isteri Keling, Kumang telah diculik bersama-sama dengan Lulong, isteri kepada sahabat baik Keling iaitu Laja. Kejadian ini berlaku apabila Kumang dan Lulong sedang mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Sedang mereka asyik mencari ikan itu tanpa mereka sedari mereka telah melencong jauh sehingga ke kawasan sempadan yang dijaga oleh Apai Sabit Berkait. Kerana melihat kepada kecantikan kedua-dua wanita ini terutamanya Kumang, Apai Sabit Berkait telah bertindak menyimpan mereka di dalam sangkar besi di rumahnya. Keling dan Laja yang gundah gulana kerana risau memikirkan kehilangan isteri-isteri mereka akhirnya mendapat berita bahawa Apai Sabit Berkait yang empunya kerja itu. Keling bertemankan Laja terus pergi ke kawasan Apai Sabit Berkait dan sebelum dia sampai ke kawasan dimana tempat isterinya disembunyikan, Keling telah menggunakan kuasa ghaibnya atau Tau Ajih. Kuasa ghaib ini akan membolehkan beliau menghilangkan diri daripada penglihatan musuh. Dengan mudahnya Keling dapat melepaskan isterinya Kumang dan Lulong tanpa disedari oleh Apai Sabit Berkait.
Kerana kesaktian pahlawan Keling ini maka dikatakan bahawa selepas pemergian beliau barangsiapa yang mendapat mimpi didatangi beliau akan menjadi seorang yang berani dan menjadi pahlawan atau dipanggil Raja Berani. Di dalam cerita lisan orang-orang tua masyarakat Iban ada mengatakan bahawa beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bersumbar Bayang, Orang Kaya Pemancha Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan yang berani dan tidak takut berani serta gagah yang amat sangat sehingga sukar untuk dikalahkan adalah kerana telah mendapat “bantuan” secara batin melalui mimpi oleh Keling.Walau bagaimanapun bentuk penceritaan legenda Keling dan Kumang ini yang diperturunkan dari zaman berzaman melalui penceritaan dari mulut ke mulut, namun Keling dan Kumang sememangnya amat dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat dan tradisi masyarakat Iban. Keling dan Kumang bolehlah diistilahkan sebagai “role models” di dalam masyarakat Iban.
Pada satu ketika diceritakan bahawa isteri Keling, Kumang telah diculik bersama-sama dengan Lulong, isteri kepada sahabat baik Keling iaitu Laja. Kejadian ini berlaku apabila Kumang dan Lulong sedang mencari ikan (mansai) di sebatang sungai. Sedang mereka asyik mencari ikan itu tanpa mereka sedari mereka telah melencong jauh sehingga ke kawasan sempadan yang dijaga oleh Apai Sabit Berkait. Kerana melihat kepada kecantikan kedua-dua wanita ini terutamanya Kumang, Apai Sabit Berkait telah bertindak menyimpan mereka di dalam sangkar besi di rumahnya. Keling dan Laja yang gundah gulana kerana risau memikirkan kehilangan isteri-isteri mereka akhirnya mendapat berita bahawa Apai Sabit Berkait yang empunya kerja itu. Keling bertemankan Laja terus pergi ke kawasan Apai Sabit Berkait dan sebelum dia sampai ke kawasan dimana tempat isterinya disembunyikan, Keling telah menggunakan kuasa ghaibnya atau Tau Ajih. Kuasa ghaib ini akan membolehkan beliau menghilangkan diri daripada penglihatan musuh. Dengan mudahnya Keling dapat melepaskan isterinya Kumang dan Lulong tanpa disedari oleh Apai Sabit Berkait.
Kerana kesaktian pahlawan Keling ini maka dikatakan bahawa selepas pemergian beliau barangsiapa yang mendapat mimpi didatangi beliau akan menjadi seorang yang berani dan menjadi pahlawan atau dipanggil Raja Berani. Di dalam cerita lisan orang-orang tua masyarakat Iban ada mengatakan bahawa beberapa pahlawan Iban seperti Dana Bersumbar Bayang, Orang Kaya Pemancha Nanang dan Unggang Lebor Menua menjadi pahlawan yang berani dan tidak takut berani serta gagah yang amat sangat sehingga sukar untuk dikalahkan adalah kerana telah mendapat “bantuan” secara batin melalui mimpi oleh Keling.Walau bagaimanapun bentuk penceritaan legenda Keling dan Kumang ini yang diperturunkan dari zaman berzaman melalui penceritaan dari mulut ke mulut, namun Keling dan Kumang sememangnya amat dihormati dan mempunyai kaitan yang rapat dengan adat dan tradisi masyarakat Iban. Keling dan Kumang bolehlah diistilahkan sebagai “role models” di dalam masyarakat Iban.
TARIAN BANGSA IBAN
Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.
Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban. Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.
TARIAN NGAJAT BERBUNUH
TARIAN NGAJAT INDU
TARIAN NGAJAT LESONG
TARIAN NGAJAT NGALU TEMUAI
TARIAN NGAJAT KUTA
REKA BENTUK RUMAH BANGSA IBAN
RUMAH PANJANG IBAN
Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar.Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbungnya dari daun rumbia kulit kayu, atau belahan kayu belian seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal.Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik.
Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.
Rumah panjang atau Rumah Betang adalah jantung kehidupan suku Dayak, segala aktivitas sosial, budaya, ekonomi, dan politik masyarakat Dayak berawal, tumbuh dan berkembang dari sini. Di rumah panjang sejarah lisan, tradisi dan filsafat hidup dengan berbagai kearifan lokalnya diturunkan kepada generasi berikutnya. Di beranda rumah panjang kaum perempuan belajar menganyam dan menenun. Di rumah panjang pula acara-acara ritual dilaksanakan, hukum adat yang demokratis digelar, segala persoalan dirundingkan dan keputusan bersama.
BUDAYA BERTATU
Amalan mencacah tubuh atau bertatu di kalangan generasi dulu dan kini berbeza kerana dulu, tatu menjadi budaya, identiti dan status yang mengkelaskan kedudukan kumpulan masyarakat atau sesuatu kaum.Tatto bagi masyarakat Iban dimasa lampau merupakan simbol fisik yang secara langsung memperlihatkan sosial seseorang dalam masyarakat. Bagi masyarakat dayak Iban terdapat tujuh bentuk motif Tatto biasa yang digunakan oleh masyarakat dayak Iban saat ini iaitu ukir rekong, bunga terong, ketam, kelingai, buah Andu, bunga Ngkabang atau bunga tengkawang, bunga terung keliling pinggang.
Dari sisi mitologis, masyarakat Dayak Iban percaya Batara (Tuhan) menghendaki orang Iban bertatto sebagai penanda bagi Batara untuk mengenali orang-orang Iban.Salah satu jenis tatu yang sering dilihat pada masa kini adalah tatu bunga terung. Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud ‘bunga terung’ yang dicacah di bahu kanan dan kiri mereka. Tatto bermotif bunga terong tidak sembarangan dimiliki oleh semua kalangan masyarakat.Tatto bungga terong merupakan hasil dari seni dan tradisi di Kalimantan Barat. Tatto bunga terong merujuk maknanya pangkat atau kedudukan sebab umumnya letak pertama ada di bahu.
Corak ini akan dicacah atau dipantang pada kedua-dua belah bahu orang lelaki. Hanya orang lelaki yang mempunyai tatu ini kerana mereka mempunyai tanggungjawab yan besar dalam sesebuah keluarga.
Tatu tersebut dikatakan mempunyai semangat spritual yang tinggi kepada si pemilik tatu iaitu ianya memberi kekuatan kepada bahu kerana segala aktiviti berat akan dipikul di bahu , seperti contoh memikul bebanan sebagai anak laki-laki kepada keluarganya.
Di tengah ‘bunga terung’ pula terdapat corak pusaran yang melambangkan hidup baru dan mendapat pengaruh daripada perut berudu. Tatu ini merupakan azimat dan ‘ mantera wheel’ bagi mereka yang mengembara.
Bagi masyarakat Dayak Iban, seseorang yang memiliki tatto bunga terong di sekeliling pinggang biasanya lapan buah bererti orang itu sudah mempunyai banyak pengalaman.
Selain itu maksud tatto bunga terong juga merupakan satu petanda mereka yang sudah cukup puas merantau dan menguasai ilmu pengetahuan.
TATU BUNGA TERUNG TATU REKOR ( BAWAH LEHER )
TATU KETAM TATU KELINGAI KETAM
TATU BUAH ANDU TATU BUAH TENGKAWANG
TERIMA KASIH.(:(:
TERIMA KASIH.(:(:
nice
ReplyDeleteBagus ada blog yang macam ni..boleh mempelajari bangsa iban
ReplyDeletea lot of information..sangat membantu dalam mengenali budaya masyarakat iban lebih-lebih lagi buat anak iban yang tidak pernah mengetahui segelintir informasi mengenai budaya yang semakin hilang ditelan arus zaman,.
ReplyDeleteThanks fir information
ReplyDeleteLebih tepat nagaland di selatan india dan utara myanmar asal usul org dayak
ReplyDeleteSila nyatakan contoh persamaan orang iban dengan india dan Myanmar? Iban tidak pernah terpengaruh dengan budaya Hindu atau Buddha.. Dan Iban memiliki budaya tersendiri yg tidak ada pada mana mana etnik lain diluar grup etnik dayak. Penulisan di atas hanya berdasarkan teori dan mitos semata-mata dan tidak dikepilkan dengan sumber rujukan dan bukti yang sahih.
DeleteSatu tulisan yang kurang tepat kerana hanya berdasarkan teori bukan fakta.
ReplyDeleteAsal usul suku dayak Iban adalah bukan dari Yunan china tetapi kemungkinan dari ras Abrahamic sejak 55,000 tahun dahulu .bukti artifak purba deep skull yang ditemui di Gua Niah sarawak berusia 40,000-55000 tahun sebelum masihi disahkan pakar dari suku dayak Iban.ini membuktikan Iban suku tertua di Asia dan kemungkinan nenek moyang bangsa yang baru wujud di Asia berasal dari Suku Dayak Iban.
Tidak ada bukti kukuh yang mengatakan bangsa iban berasal dari Yunnan China. Ada ke??? Apa yang saya tahu kalau cina berasal dari tanah besar negara Cina, india berasal dari India manakala Melayu bersal dari Indonesia, tiga bangsa ini punya persamaan dari asal usul mereka seperti perayaan, bahasa, makanan dan dari asal usul keturunan bukti yang kukuh. Kalau iban ada ke di Yunnan?? Kalau ada dari segi apa kaitannya keturunan iban dari sana dari segi apa?? Bahasa?? Pakaian?? Adat??
ReplyDeleteNi siapa yang yang bodoh ni? Sebarangan mengatakan Iban berasal dari China. Langsung tidak ada kaitan dari segi budaya, bahasa, adat dan pakaian.
ReplyDeleteMembuat cerita semata-mata untuk kelirukan bangsa lain ke? Lepas tu nanti, bangsa yang lain pun percaya Iban dari China. Iban atau bangsa Dayak yang lain bukan berasal dari China. Tetapi dari tanah Borneo sendiri! Lainlah bangsa lain.
Umai itu makanan org melanau. Orang iban kelia suba mana ada buat umai. Kalau pansuh, pekasam ikan dan babi, salai babi ikan itu adalah.
ReplyDeleteYang punya blog ini orang yang tidak memiliki ilmu.sebarang hantam buat sejarah sendiri.Lain kali belajar dulu selidik fakta seperti bukti sains gua niah .Memalukan
ReplyDelete